.

I am a dreamer.





   Assalamualaikum gaiss :) Long time no see! Haha


Okay, semua student 96 tengah busy sekarang termasuk lah aku. Semua sibuk ulangkaji demi mencapai cita-II mereka dewasa kelak. Tidak kurang aku, aku bersama dorm mate akan mencari masa yang lapang untuk mengulang kaji pelajaran. Kebiasaannya kami akan berkumpul di tengah-II dorm untuk study bersama. Haha so cute. Kami akan meluahkan pendapat masing-II dan berkongsi pengetahuan kepada rakan-II yang memerlukan :) 


Disaat semua orang sedang sibuk mengulangkaji untuk masa hadapan, terdapat juga golongan yang sedang sibuk keluar bersama rakan-II, melepak bersama rakan-II sebaya mereka. Semalam aku telah pergi ke Seremban. Semasa pulang, aku dapat melihat ramai diantara remaja yang seusia denganku sedang sibuk berasmara di dataran Seremban. Bukan itu sahaja, aku juga dapat melihat mereka-II yang sudah hanyut dengan dunia punk, gothic, emo dan sewaktu dengannya. Mereka sedang bergelak ketawa sambil menghisap rokok termasuklah remaja-II perempuan. Aku bingung kenapa semua ini boleh terjadi. Dimanakah ibu bapa mereka? Adakah ibu bapa mereka gagal untuk mendidik anak-II? 


Alhamdulillah, ibu bapaku berjaya mendidik adik-beradik dan juga aku. Terima kasih mak, ayah. Adik berjanji akan berusaha untuk mencapai kejayaan itu. Setiap kali aku solat, aku akan mendoakan yang terbaik untuk aku dan keluarga. Aku berazam ingin membawa ibu bapaku naik ke atas pentas untuk melihat kejayaanku nanti. Aku ingin membuat mereka tersenyum :) Aku akan menjadikan semua itu menjadi kenyataan. Aku berjanji.

Kepada rakan-II ku && juga peneman hariku, aku akan sentiasa mendoakan kejayaan untuk kalian. Aku akan ada disaat kalian memerlukan seseorang. Aku berjanji aku tidak akan menjadi seorang manusia yang alpa. Aku amat menyayangi kalian sebagaimana aku menyayangi keluargaku. Kita semua adalah sama, mengejar kejayaan dan kesenangan hidup. Jadi berjanji lah kalian, agar tetap mengejar cita-II kalian ;) 


Untuk sesiapa sahaja yang membaca blog ini aku mohon agar anda mendoakan kejayaanku dunia & akhirat. Semoga Allah sentiasa bersama dengan orang-II yang sentiasa bersama-Nya.


Sebelum terlupa, marilah kita bersama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada Ahmad Ammar yang diketahui telah mati syahid di Instanbul tempoh hari. Al-Fatihah.....

No comments:

Post a Comment