.

Heyyo~



  Assalamualaikum semua :D Hi. Bertemu kita lagi untuk post yang baru. Haha macam host rancangan kanak-II daaa -.-

   So apa korang tengah buat? I know I know. Mesti ramai yang tengah membuta kan. Yelah, pada yang baru balek sekolah mesti penat kan. Yang paling aku tahu student form5 mesti tengah bertungkus lumus study kan untuk trial. Kesian diorang. Anyway, goodluck k >< 

   Aku pulak tengah buat apa? Haih now tengah menaip sambil tengok anak buah aku menggedik depan cermin beso tu ha. Menari lah dia. Yang paling penting "kuatkan radio kuatkan radio andaaaa" tu jelah dari tadi keluar dari mulut dia. Haih -,- Dengan berbekalkan internet dekat rumah ni dapatlah aku hilangkan bosan sementara tunggu si Amer tu balek sekolah. Aku kan dapat MC 2 minggu. Cepatlah elok wahai kaki :( Pentaksiran akaun dengan aplikasi komputer bersepah dekat sekolah nun -.- 
  
  Memandangkan Jumaat and Sabtu ni rumah aku ada kenduri. Aku sedih gila. Tidaklah aku sedih disebabkan buat kenduri arwah ke apa. Masalahnya kenduri kahwin. Tapi apakan daya, tengok je mampu. Takdapat lah aku nak jadi pengapit akak aku ke flower girl ke bunga telur girl ke -..- Hmm duduk jelah aku dekat atas kerusi roda kan? Ishh tak best nya. Takpe lah, redha jelah. Dugaan dari Tuhan. Tapi, harapnya cepat lah elok kaki ni. 

  Eh btw, look at my new design. Cantek tak? Haha bersepah blog aku bukak tadi tengok tutorial. Yelah, nak buat sendiri memang aku expert lah kan --' Cantek kan? Hehe. *perasan. Bagus lah blogger dekat Malaysia ni. Tak kedekut. Segala ilmu semua diperturunkan. Search je dekat google gerenti jumpa apa kau nak (; Sampai sini je. Yang paling penting, aku rindu membe and bf aku sangat-II :'(

.. because you're the guy who'd laugh at me when I fall, but help me up and whispered " it's okay, I still love you. "

No comments:

Post a Comment